MELAWAT KE LADANG GOLDEN HOPE FOOD & BEVERAGES SDN BHD
Pada pukul 2.30 Petang tadi kami telah mengikuti lawatan PSS ke ladang jambu merah(pink guava). Pelbagai maklumat yang berfaedah dapat diperoleh. Rupa-rupanya ladang ini adalah yang terbesar di dunia yang telah mengeluarkan 5000 tan jus pekat (puree) setahun. 90% hasil keluarannya adalah dieksport ke Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya. Manakala untuk produk tempatan tertumpu untuk dibuat jus dan minuman kesihatan. Ladang ini telah dirasmikan oleh Pak Lah pada tahun 2006. Setakat ini mereka sedang membuat kajian untuk menghasilkan produk krim, skrub, sabun, jem dan sebagainya.
Jus ini juga mempunyai pelbagai khasiat seperti tinggi serat, kalsium, anti oksida (mencegah kanser dan anti penuaan), penawar demam denggi, elok untuk diabetes, kulit dan sebagainya. Pink guava ini lebih berkhasiat berbanding jambu putih yang biasa kita makan.
Pegawai-pegawai di sini amat mengalu-alukan kedatangan pelawat disamping menjual produk mereka.
Kedatangan kami di sini diberi layanan yang amat baik sekali. Kami dijamu dengan jus dan buah jambu merah. Apabila nak balik dapat buah tangan jus jambu dan buahnya pula...... seronoknya.
Bergambar beramai-ramai di pintu masuk kilang.
Thursday, July 2, 2009
LAWATAN KE LADANG JAMBU TERBESAR DI DUNIA
Posted by Khairiah at 9:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
oo yer ker kak.. tak tau pulak rupenya malaysia no.1. kalau akak tak kasik tahu mmg ingat negara lain. semoga ceria selalu..
Betul tu, keluasannya 500 hektar. Lokasinya di Air Tawar, tak jauh daripada manjung. kalau nak jadi dealer pun boleh.
Post a Comment