CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 12, 2009

HUJUNG MINGGU DI PANGKOR

Berkelah di Puteri Bayu Resort, P. Pangkor

Biasanya hujung minggu ada di rumah, tapi minggu ni kami ke P. Pangkor untuk bersantai bersama keluarga di resort tempat suami saya bermesyuarat. Seronok jugak dapat mandi laut, tambahan pula minggu ni laut berombak kuat....takut pun ada juga nanti hanyut di bawa ombak. tapi kami bermain dan mandi ditepian pantai sahaja, sambil tu suami dan anak saya memancing untuk mengisi masa lapang. Namun begitu tak dapat ikan pun, dua kali kail saya dimakan ikan tapi terlepas, tak ada rezeki agaknya. Dah puas mandi laut, kami naik pegi mandi kolam pula sehingga kami keletihan. Ramai juga pelancong datang pada hujung minggu ni, sesak di jeti dan feri waktu nak balik. Itulah cerita hujung minggu saya dan keluarga pada minggu ni....



Ini gambar kapal TLDM di Lumut.























Resort ni menggunakan dekorasi unsur tradisional melayu.... unik.

Ini gambar anak kenalan kami di Pangkor....nakalkan....

Sambil mandi memancing ikan..... tapi malang ikan tak dapat sebab ombak kuat sangat.



Hai ini suami saya sedang berenang main ombak.



Dah puas main ombak, mandi di kolam renang pula.




Ini gambar lukisan di lobi hotel.



Bergambar dalam feri Pan Silver dalam perjalanan balik.

4 comments:

ummi afifah said...

wah..berendam sakan ye kak kay..

Tukang cerita said...

Salam kak kay...
kami selalu gak stay kat resort ni bila En.Hubby on call di Pangkor...

p/s : Terpikat sudah pada jejaka berbaju itam tu...psttttt...kim salam kat dia ek...
:)

Mother of Two said...

syoknya.. lama dah tak cuti2 mysia.. tahun nie insyaallah ke cameron pulak

Khairiah said...

Hi sheila, nak pegi cameron nanti singgahla kat umah akak. Tiga jam dari sana ke manjung...jgn lupa beli strawberi banyak2...ye.

Buat Nurul dan Azren kalau ke Pangkor pegila kat resort tu... seronok....