MAJLIS MAKAN MALAM ANUGERAAH KOKURIKULUM 2009
MERIAH SUNGGUH MAJLIS MALAM ITU SEBAGAI PENUTUP TIRAI SELEPAS BERPESTA SELAMA 3 HARI MULAI 16 - 18 JULAI. WALAU TERDAPAT SEDIKIT KECACATAN SEMASA PEMBERIAN SIJIL, APABILA NAMA PENERIMA SIJIL TIDAK HADIR. NAMUN BEGITU PUJIAN HARUS DIBERI KERANA MAJLIS INI JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN DAN SAMBUTANNYA BEGITU MERIAH. TETAMU YANG TURUT HADIR IALAH ENCIK MOHD SYUKOR DAN ISTERI, YDP PIBG, PENGETUA SM TEKNIK TELUK INTAN, PENGETUA SM TEKNIK SLIM RRVER DAN PENOLONG KANAN SM TEKNIK KERIAN....
DI BAHAGIAN JUALAN GERAI PULA, MALAM INI MERUPAKAN MALAM TERAKHIR UNTUK BERNIAGA...ADA UNTUNG TAK....ENTAHLAH.....SEBAB BAYARAN SEWANYA MENCECAH RM 150.00. MAMPUKAH MEREKA MEMBAYARNYA.
Sunday, July 19, 2009
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM
Posted by Khairiah at 5:11 PM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
HARI KOKURIKULUM 2009
KEMERIAHAN DI RUANG PAMERAN DAN GERAI JUALAN
HARI KOKURIKULUM 16-18 JULAI 2009
PADA HARI SABTU PULA, KEBANYAKAN GERAI SEMAKIN MEMPELBAGAIKAN BARANGAN JUALAN KERANA BERUSAHA UNTUK MENARIK PELANGGAN MASING-MASING MEMBELI DI GERAI MEREKA. MANAKALA DI RUANG PAMERAN PULA HANYA RAMAI DIKUNJUNGI PADA WAKTU TENGAHARI.
GERAI JUALAN KELAS 5 VE 6
PEMERAN SYARIKAT INSURAN ETIQA
PAMERAN REKACIPTA DAN ROBOTIK DI BAWAH KELOLAAN CIKGU SABRI
Posted by Khairiah at 4:07 PM 0 comments
Sunday, July 12, 2009
HUJUNG MINGGU DI PANGKOR
Berkelah di Puteri Bayu Resort, P. Pangkor
Biasanya hujung minggu ada di rumah, tapi minggu ni kami ke P. Pangkor untuk bersantai bersama keluarga di resort tempat suami saya bermesyuarat. Seronok jugak dapat mandi laut, tambahan pula minggu ni laut berombak kuat....takut pun ada juga nanti hanyut di bawa ombak. tapi kami bermain dan mandi ditepian pantai sahaja, sambil tu suami dan anak saya memancing untuk mengisi masa lapang. Namun begitu tak dapat ikan pun, dua kali kail saya dimakan ikan tapi terlepas, tak ada rezeki agaknya. Dah puas mandi laut, kami naik pegi mandi kolam pula sehingga kami keletihan. Ramai juga pelancong datang pada hujung minggu ni, sesak di jeti dan feri waktu nak balik. Itulah cerita hujung minggu saya dan keluarga pada minggu ni....
Posted by Khairiah at 10:29 PM 4 comments