CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 13, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008 MEMBANGGAKAN

PRESTASI SPM MEMBANGGAKAN

Berita ini saya petik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Seorang anak nelayan dari sekolah Agama Arab, Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan telah memperoleh 19 A1 dan 12A. Beliau begitu gembira disamping kedua ibu bapanya sambil menatap slip peperiksaan SPMnya itu. Menurutnya dia sedar keluarganya hidup miskin dan susah, lantaran itu dia perlu gigih berusaha untuk merubah nasib keluarganya.

Seterusnya gambar yang lain tu adalah wajah bekas pelajar sekolah saya yang datang mengambil slip SPM mereka semalam. Ada yang gembira dan tidak kurang juga bersedih kerana pencapaian kurang baik. Sekolah saya pula meningkat prestasinya, kekal lulus 100%, GPS 5.19 makin baik, tempat kedua di daerah Manjung dan ketiga antara sekolah Tenik di Perak. So, memang ada peluanglah nak raih Anugerah Sekolah Cemerlang tahun ini.




Ini suasana sibuk di dewan sekolah semalam.



Ini pula Siti Shahirah yang menjadi harapan mendapat 6A dan sedang ditemuramah oleh Kaunselor sekolah, Cikgu Abd Hakim.


Ini pula saya sedang bertemuramah dengan 2 orang calon SPM tersebut.

0 comments: