CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 18, 2009

CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH SEMINGGU

Minggu ni sekolah bercuti. Pada hari Sabtu saya ke Pokok Sena Kedah, meraikan majlis perkahwinan anak saudara saya di sana. Sambil tu kami jalan-jalan ke Bukit Kayu Hitam komkleks bebas cukai. Tak beli banyak barang, cuma beli sedikit makanan seperti jeruk dan pulut siam. Kami bermalam di sebuah rumah homestay di Pokok Sena dan pada hari Ahad kami balik ke manjung.

Hari Isnin Mak mentua saya sakit kuat, terpaksa di bawa ke hospital HAT Lumut. Sehari suntuk di sana, kerana kakinya yang tak boleh jalan tu sakit kuat. Doktor beri makan ubat dan suntikan barulah dia boleh tahan.

Hari Rabu pegi ke sekolah tolong group video sekolah buat skrip dari pagi sampai petang, baru siap. Mereka iaitu Li Na, Nyana, Yusof dan Daniel lagi kesian sebab nak siapkan video tu, ambil masa dan tenaga yang banyak. Jadi mereka pun tak cuti la, ada je kat sekolah.

Begitulah cerita cuti sekolah tapi ada yang tak bercuti, sebab terpaksa nak siapkan kerja untuk ASC tu nanti.


0 comments: