CUTI SEKOLAH SEMINGGU
Minggu ni sekolah bercuti. Pada hari Sabtu saya ke Pokok Sena Kedah, meraikan majlis perkahwinan anak saudara saya di sana. Sambil tu kami jalan-jalan ke Bukit Kayu Hitam komkleks bebas cukai. Tak beli banyak barang, cuma beli sedikit makanan seperti jeruk dan pulut siam. Kami bermalam di sebuah rumah homestay di Pokok Sena dan pada hari Ahad kami balik ke manjung.
Hari Isnin Mak mentua saya sakit kuat, terpaksa di bawa ke hospital HAT Lumut. Sehari suntuk di sana, kerana kakinya yang tak boleh jalan tu sakit kuat. Doktor beri makan ubat dan suntikan barulah dia boleh tahan.
Hari Rabu pegi ke sekolah tolong group video sekolah buat skrip dari pagi sampai petang, baru siap. Mereka iaitu Li Na, Nyana, Yusof dan Daniel lagi kesian sebab nak siapkan video tu, ambil masa dan tenaga yang banyak. Jadi mereka pun tak cuti la, ada je kat sekolah.
Begitulah cerita cuti sekolah tapi ada yang tak bercuti, sebab terpaksa nak siapkan kerja untuk ASC tu nanti.
Wednesday, March 18, 2009
CUTI SEKOLAH
Posted by Khairiah at 2:58 PM 0 comments
Friday, March 13, 2009
KEPUTUSAN SPM 2008 MEMBANGGAKAN
PRESTASI SPM MEMBANGGAKAN
Berita ini saya petik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Seorang anak nelayan dari sekolah Agama Arab, Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan telah memperoleh 19 A1 dan 12A. Beliau begitu gembira disamping kedua ibu bapanya sambil menatap slip peperiksaan SPMnya itu. Menurutnya dia sedar keluarganya hidup miskin dan susah, lantaran itu dia perlu gigih berusaha untuk merubah nasib keluarganya.
Seterusnya gambar yang lain tu adalah wajah bekas pelajar sekolah saya yang datang mengambil slip SPM mereka semalam. Ada yang gembira dan tidak kurang juga bersedih kerana pencapaian kurang baik. Sekolah saya pula meningkat prestasinya, kekal lulus 100%, GPS 5.19 makin baik, tempat kedua di daerah Manjung dan ketiga antara sekolah Tenik di Perak. So, memang ada peluanglah nak raih Anugerah Sekolah Cemerlang tahun ini.
Posted by Khairiah at 10:17 PM 0 comments
Monday, March 9, 2009
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL
MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL, TAHUN GAJAH.
INILAH BUMI DAN ALAM YANG INDAH CIPTAAN ALLAH
YANG MAHA BESAR.
Posted by Khairiah at 3:38 PM 2 comments
Sunday, March 8, 2009
KOT-KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-11
SEKITAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
PADA HARI SABTU, 7 MAC 2009
Hari ini sukan tahunan telah diadakan. Walaupun kecil tetapi sangat meriah. Johan Keseluruhan dimenangi oleh rumah Megat Terawis(Hijau) yang mengatasi rumah Tun Perak(Kuning) dengan kelebihan 24 mata sahaja. Namun rumah TPerak telah memenangi beberapa acara utama seperti Johan perhiasan rumah,Johan Kawad dan acara guru lelaki dan wanita pula diraih oleh semuanya rumah TPerak. Tahniah diucapkan.........
Ni saya, pemenang acara guru wanita.
Yang ni pemenang acara perhiasan rumah
Posted by Khairiah at 2:32 PM 0 comments