MELAWAT HATYAI BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI PPD MANJUNG
Lawatan ini kami ikuti semasa cuti hujung minggu, 20,21 dan 22 Feb 2009 yang lalu. Kami bertolak dengan bas persiaran dari Sitiawan pada hari Jumaat jam 12 mlm. Sampai di Bukit Kayu Hitam pukul 6.00 pagi. Dalam bas ramai yang tidur sahaja. Kami melepasi sempadan di Sadao pada pukul 8.00 pagi. Selepas sarapan kami bertolak ke Songkla dan pada pukul 10.00 pagi kami sampai di sana. Bandar Songkla terletak berhampiran pantai. Kami melawat Muzium Budaya yang terletak di seberang tasik yang amat indah dan luas. Terdapat jambatan yang panjang merintanginya untuk ke Hatyai. Di tasik itu juga para nelayan menternak ikan dalam sangkar terutamanya ikan kerapu untuk tujuan eksport dan tempatan.
Di Muzium kami melawat dan melihat pelbagai sejarah dan budaya masyarakat Siam. Muzium ni besar dan berbukit-bukit, jadi banyaklah tangga yang perlu di naiki. Tetapi berbaloi kerana dapat banyak pengetahuan dan sejarah walaupun penat berjalan.
Selepas itu kami singgah di pantai tempat ramai pelancong di sana. Terdapat lagenda tentang cerita Puteri Duyung, jika sesiapa memegang kepala patung duyung itu dipercayai mudah mendapat jodoh. Juga lagenda pulau kucing dan pulau tikus yang menjadi cerita rakyat di sana. Di sini bolehlah kita membeli hadiah dan cenderamata untuk dibawa pulang.
Kemudian kami ke Hatyai untuk 'chek in' hotel, di Hotel BP Grand Suit. Di sini susah sikit nak cari restoran yang menjual makanan halal. Cuma ada 2 buah restoran Islam dan beberapa warung kecil yang menjual pulut durian dan pulut mangga. Malam tu kami bersiar-siar di pasar malam sambil membeli belah. Ada sebuah pasaraya di sini iaitu Pasaraya Nora. Tidak ada Giant, Billion dsbnya.
Esoknya hari Ahad kami berjalan di keliling Hatyai sebelum menaiki bas pada pukul 12 tengahari untuk bertolak pulang. Kami singgah di Sadao sebelum melepasi pemeriksaan kastam untuk membeli buah-buahan dan sebagainya. Makanan di sini boleh tahan sedapnya terutamanya tomyam, nasi paprik dan nasi pataya berbanding di tempat kita.
Kami bertolak dari Bukit Kayu Hitam pada pukul 3.00 petang. Dalam perjalanan singgah di hentian lebuhraya untuk solat dan sampai di PPD Sitiawan pada pukul 9.00 malam. Jadi puas jugalah berjalan sambil membeli sedikit barang-barang yang disukai.
Tugu Peringatan di Bandar Sadao.
Thursday, February 26, 2009
PERCUTIAN KE HATYAI, THAILAND
Posted by Khairiah at 6:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment