CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 2, 2009

AIN JALANI PEMBEDAHAN

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

Pada hari Rabu yang lalu anak saya Azriatul Farahain telah dimasukkan ke wad Hospital Angkatan Tentera di Lumut untuk menjalani pembedahan ketumbuhan. Hari Khamis, 29 Jan pembedahan pun dijalankan. Kami sekeluarga sangat bimbang tentang kesihatan dan keselamatannya. namun begitu pembedahan tersebut telah selamat dijalankan....syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Kini dia ada di rumah kerana cuti sakit dan akan kembali ke UM pada minggu hadapan. Masa sakit ni manjala sikit kerana makan disuapkan kerana tidak boleh bergerak terlalu banyak dan makan pun kena berpantang sebab bimbang lukanya lambat sembuh. Jadi banyaklah makanan kegemarannya seperti udang, sotong dan ikan tidak boleh dimakan, supaya lukanya itu cepat sembuh.











2 comments:

KeBaYa BaTiK said...

Semoga cepat sembuh .. insyaAllah

Khairiah said...

Terima kasih kerana sudi memberi semangat. Anak saya sudah semakin sembuh.