CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 18, 2009

HOBI MEMANCING

IKAN JENAHAK JADI LAUK

Memancing merupakan hobi yang paling utama bagi suami saya. Dia berkongsi dengan kawan-kawannya membeli sebuah bot untuk mengisi hobi tersebut. Kami sekeluarga ada juga memancing bersama-sama di sekitar Lumut dan Pulau Pangkor. Seronok jugak tapi awas kepada sesiapa yang mabuk laut, nanti lembek dalam bot. Tapi kami semua ok, makanlah ubat mabuk laut sebelum pergi, insyaallah ok. Hari Sabtu, semalam saya ada sekolah ganti, tapi dia dengan kawan-kawannya turun ke laut, memancing. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kalau ada kelapangan dia dan Azri akan pergi memancing.
Semalam dia dapat seekor ikan Jenahak, berat lebih kurang 2 kilo, dan panjangnya lebih kurang 1.5 kaki. Besar jugakla. Jadi tengahari ni ikan tu telah menjadi lauk kami sekeluarga. Saya masak sweet sour, boleh tahan sedapnya. Inilah gambarnya, saja nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers semua.


Seronok dapat ikan besar ni...........






Gambar atas ni pulak, ikan yang dapat dipancing minggu lepas dan dah dijadikan ikan masin......sedap dan rangup bila digoreng.......


Inilah antara batang pancing kepunyaan suami saya, ada beberapa batang lagi........

Ini pulak gambar ikan jenahak yang dah dimasak sweet sour.....sedap dan manis rasanya......


Ini lauk ikan mabong masak tempoyak, lauk kami pada tengahari tadi....

Ini pulak ikan bilis masak sambal tumis.


Ikan jenahak tadi, kepalanya akan dimasak gulai kari kepala ikan...... amacam nak cuba tak? Kenalah datang ke rumah saya, bolehlah rasa.....

3 comments:

Tukang cerita said...

wahhhhh...sedap tu mama...
bila nak bawak pi sekolah...
~wahhhh...nampak lauk best, tetiba jadik mama tau :) ~

mother of two said...

wow.. segar bugarnya ikan dia..
sy pun minat memancing..tapi jarang dpt ikan...hehehehe

siti_m said...

nak rasa.... hehehe nanti nak datang umah la makan hehehe... tak malu betul