CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009

BUMI PALESTIN DI BOM LAGI

KEMUSNAHAN DI GAZA

Hari ini masuk hari ke -13 Gaza di bom oleh bangsa yang dikutuk Allah iaitu Yahudi Israel. Keangkuhsn dan kekejaman rejim Zionis semakin melampau apabila sebuah masjid di Gaza musnah dalam satu malam sahaja selepas dibedil oleh jet pejuang Israel. Turut menjadi sasaran peluru berpandu rejim kejam itu ialah kawasan petempatan di utara Gaza yang mengorbankan lima nyawa (dipetik dari Utusan Malaysia, Jumaat 9 Jan 2009)
Pertempuran yang berlaku sejak 27 Disember lalu telah mengorbankan lebih 700 nyawa rakyat Palestin. Keganasan tentera Israel itu menyebabkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB terpaksa menghentikan semua operasi kerana bimbang terkena peluru.
Lihatlah saudara-saudaraku sekalian betapa satu bangsa yang paling dikutuk Allah ini begitu berani kerana dibantu oleh sekutu kuatnya Amerika. Bangsa Arab sesama Islam yang lain tidak berani menentang keganasan yang berhampiran negara mereka.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menuduh tentera Israel telah menghalang usaha mereka membantu mangsa yang kena serangan motar di sebuah petempatan awam di Gaza. Tindakan tersebut menyebankan banyak nyawa tidak dapat diselamatkan.
Hari ini PM kita telah mengarahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan sembahyang hajat bagi mendoakan keamanan dan keselamatan saudara-saudara kita di sana. Cuma dengan berdoa sahajalah yang mampu kita lakukan, semoga Allah akan mambantu menghantar tentera Allah bagi menyelamatkan banyak nyawa di sana. Kasihanilah mereka yang cedera akibat serangan ganas tersebut.
Selain itu marilah kita bersama-sama memboikot barangan buatan Amerika dengan membeli barangan buatan Malaysia, seperti yang telah dilakukan oleh pelbagai pertubuhan dan NGO serta media.


Lihatlah sebuah masjid iaitu rumah Allah telah di bom kerana dikatakan menjadi kubu tentera Hamas.

(gambar ini ihsan Utusan Malaysia)

0 comments: