SELAMAT HARI JADI ANAKANDA INA
Pada 26 Januari yang lalu genaplah usia Ina 8 tahun. Kami mengadakan sedikit majlis ringkas makan tengahari dan acara memotong kek serta bacaan doa selamat. Jemputan kami adalah Ibu dan ayah mentua saya, serta adik ipar saya. Ina begitu gembira sekali kerana dapat memotong kek hari jadinya.
Monday, January 26, 2009
HAPPY BIRTHDAY FAREENA
Posted by Khairiah at 6:05 PM 1 comments
Sunday, January 18, 2009
HOBI MEMANCING
IKAN JENAHAK JADI LAUK
Memancing merupakan hobi yang paling utama bagi suami saya. Dia berkongsi dengan kawan-kawannya membeli sebuah bot untuk mengisi hobi tersebut. Kami sekeluarga ada juga memancing bersama-sama di sekitar Lumut dan Pulau Pangkor. Seronok jugak tapi awas kepada sesiapa yang mabuk laut, nanti lembek dalam bot. Tapi kami semua ok, makanlah ubat mabuk laut sebelum pergi, insyaallah ok. Hari Sabtu, semalam saya ada sekolah ganti, tapi dia dengan kawan-kawannya turun ke laut, memancing. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kalau ada kelapangan dia dan Azri akan pergi memancing.
Semalam dia dapat seekor ikan Jenahak, berat lebih kurang 2 kilo, dan panjangnya lebih kurang 1.5 kaki. Besar jugakla. Jadi tengahari ni ikan tu telah menjadi lauk kami sekeluarga. Saya masak sweet sour, boleh tahan sedapnya. Inilah gambarnya, saja nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers semua.
Posted by Khairiah at 4:00 PM 3 comments
Saturday, January 17, 2009
CERITA SEDIH DI BUMI PALESTIN
DI MANAKAH PERIKEMANUSIAAN
LIHATLAH!!!!! LIHAT SEMUA!!! BANGSA YANG DITINDAS DAN DIBUNUH SESUKA HATI OLEH YAHUDI.
APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT KEKEJAMAN INI??
SEDARLAH BANGSAKU BAHAWA HIDUP KITA YANG AMAN DI SINI TIDAK BERMAKNA KITA AKAN TENANG SELAMANYA. SANGGUPKAH KITA BERDIAM DIRI TANPA BERBUAT SESUATU UNTUK MEMBANTU MEREKA?
SEHINGGA HARI INI HARI KE 22 SUDAH LEBIH 1100 ORANG TELAH TERBUNUH, DAN PADA HARI INI MEREKA TELAH MENGEBOM SEKOLAH MILIK PBB YANG MENJADI TEMPAT PERLINDUNGAN PELARIAN PALESTIN......MEMANG SUNGGUH KEJAM YAHUDI!!!!
Posted by Khairiah at 10:45 PM 0 comments
Friday, January 9, 2009
BOIKOT BARANGAN AMERIKA
MARILAH KITA BOIKOT BARANGAN INI!!!!
INILAH BARANGAN YANG PATUT ANDA BOIKOT!!!!!!
SEBAB MEREKALAH YANG MEMBANTU ISRAEL MENGEBOM BUMI PALESTIN!!!
Posted by Khairiah at 8:37 PM 2 comments
BUMI PALESTIN DI BOM LAGI
KEMUSNAHAN DI GAZA
Hari ini masuk hari ke -13 Gaza di bom oleh bangsa yang dikutuk Allah iaitu Yahudi Israel. Keangkuhsn dan kekejaman rejim Zionis semakin melampau apabila sebuah masjid di Gaza musnah dalam satu malam sahaja selepas dibedil oleh jet pejuang Israel. Turut menjadi sasaran peluru berpandu rejim kejam itu ialah kawasan petempatan di utara Gaza yang mengorbankan lima nyawa (dipetik dari Utusan Malaysia, Jumaat 9 Jan 2009)
Pertempuran yang berlaku sejak 27 Disember lalu telah mengorbankan lebih 700 nyawa rakyat Palestin. Keganasan tentera Israel itu menyebabkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB terpaksa menghentikan semua operasi kerana bimbang terkena peluru.
Lihatlah saudara-saudaraku sekalian betapa satu bangsa yang paling dikutuk Allah ini begitu berani kerana dibantu oleh sekutu kuatnya Amerika. Bangsa Arab sesama Islam yang lain tidak berani menentang keganasan yang berhampiran negara mereka.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menuduh tentera Israel telah menghalang usaha mereka membantu mangsa yang kena serangan motar di sebuah petempatan awam di Gaza. Tindakan tersebut menyebankan banyak nyawa tidak dapat diselamatkan.
Hari ini PM kita telah mengarahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan sembahyang hajat bagi mendoakan keamanan dan keselamatan saudara-saudara kita di sana. Cuma dengan berdoa sahajalah yang mampu kita lakukan, semoga Allah akan mambantu menghantar tentera Allah bagi menyelamatkan banyak nyawa di sana. Kasihanilah mereka yang cedera akibat serangan ganas tersebut.
Selain itu marilah kita bersama-sama memboikot barangan buatan Amerika dengan membeli barangan buatan Malaysia, seperti yang telah dilakukan oleh pelbagai pertubuhan dan NGO serta media.
Lihatlah sebuah masjid iaitu rumah Allah telah di bom kerana dikatakan menjadi kubu tentera Hamas.
Posted by Khairiah at 7:23 PM 0 comments
Thursday, January 1, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2009
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009
Ya, Selamat tinggal 2008, kini tibalah tahun baru yang telah menjelang. Semoga tibanya tahun baru ini saya dan keluarga akan hidup bahagia, tuhan murahkan rezeki serta berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Marilah kita renung sejenak tahun yang telah lepas, mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dan menyahut cabaran 2009 dengan iltizam yang baru.
Dengan semangat yang jitu, kita mampu mencorakkan 2009 menjadi lebih gemilang untuk, keluarga dan negara tercinta.
Posted by Khairiah at 6:12 PM 0 comments