TERATAK IMPIAN
Inilah Teratak Impian yang saya dan suami saya bina bersama pada tahun 2003. Kami duduki istana kami ini pada 10 November 2003. Walaupun tak secantik dan semewah mana tapi kami berpuas hati kerana dapat hidup dalam keadaan sederhana bersama tiga orang anakanda kami yang kami sayangi. Pada 10 November tahun 2008 ini genaplah lima tahun kami menetap di sini. Semoga Allah akan memberkati usaha kami ini dan memelihara kami agar kekal sehingga ke akhir hayat kami nanti. Teratak ini akan di hadiahkan pula kepada ketiga-tiga orang anak kami iaitu Ain, Azri dan Ina.
Pada 20 Oktober yang lalu genaplah usia perkongsian hidup saya dan suami tercinta selama 20 tahun. Kami telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dan menempuhi hidup bersama. Kebahagiaan itu dihiasi pula dengan tiga orang cahaya mata kami yang sangat kami sayangi. Semoga Allah akan memanjangkan usia kami dan kekal hidup bersama hingga ke akhir hayat nanti. Inilah kek sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-20.
5 comments:
tahniah kak kay. 20 tahun satu masa yg panjang. semoga dikukuhkan lagi ikatan kekeluargaan... aminn
Very good......
tahniah kak... wah2 dah 20 tahun yer...
cantik rumah akak.. tapi takpe takde rezeki nak datang tu hari.
anyway.. semoga ikatan suci murni itu kekak ke akhir hayat..
salam dari dubai,
Tahniah kak kay..
lama tu......
20 tahun hidup bersama....
Thanks, for all your comment.
Post a Comment