AIDILFITRI TAHUN 2008
Tahun ini kami menyambut Hari Raya di Hospital Seri Manjung dan di Hospital Ipoh, dan begitu bersejarah dalam hidup saya kerana anak saya menghidapi demam denggi yang kritikal. Dia di masukkan ke wad ICU selama 5 hari. Tahun ini saya dan keluarga setiap hari pada akhir puasa dan awal Hari Raya di Hospital Ipoh. Sukar untuk saya melupakan saat getir yang melanda hidup saya sekeluarga. Namun begitu saya bersyukur kepada Allah kerana anak saya telah selamat dan hampir pulih seperti sedia kala.
Yang ni pula gambar kami pada hari raya pertama di luar wad ICU di hospital Ipoh. Anak saya Azri sedang dalam kritikal waktu ini. Dia sudah menerima 2 pek darah di Hospital Manjung dan mungkin akan menerima darah lagi di sini jika ujian darahnya berkurang. Kami sekeluarga benar-benar risau. Beberapa orang saudara mara dan kawan-kawan ada datang melawat kami sejak semalam dan hari ini. Kepada mereka yang datang kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengok kami walaupun sibuk dengan suasana di hari raya. Kepada yang tidak dapat datang, tak apa kerana kami amat faham kerana semua orang sibuk dengan sambutan aidilfitri. Inilan ujian Allah terhadap kami, dan saya harus tabah menghadapinya. Waktu ini daerah Manjung seolah-olah dilanda sejenis wabak iaitu demam denggi. Tiap-tiap hari ramai yang dimasukkan ke wad kerana terkena demam denggi.
1 comments:
kesiannya... teruk tu.. anyway alhamdullilah dah selamat semuanya...
Post a Comment