RUMAH IDAMAN
Inilah rumah keluarga saya yang kami bina bersama.
Monday, October 27, 2008
Saturday, October 25, 2008
HAPPY ANNIVESARY 20TH WEDDING'S
TERATAK IMPIAN
Inilah Teratak Impian yang saya dan suami saya bina bersama pada tahun 2003. Kami duduki istana kami ini pada 10 November 2003. Walaupun tak secantik dan semewah mana tapi kami berpuas hati kerana dapat hidup dalam keadaan sederhana bersama tiga orang anakanda kami yang kami sayangi. Pada 10 November tahun 2008 ini genaplah lima tahun kami menetap di sini. Semoga Allah akan memberkati usaha kami ini dan memelihara kami agar kekal sehingga ke akhir hayat kami nanti. Teratak ini akan di hadiahkan pula kepada ketiga-tiga orang anak kami iaitu Ain, Azri dan Ina.
Pada 20 Oktober yang lalu genaplah usia perkongsian hidup saya dan suami tercinta selama 20 tahun. Kami telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dan menempuhi hidup bersama. Kebahagiaan itu dihiasi pula dengan tiga orang cahaya mata kami yang sangat kami sayangi. Semoga Allah akan memanjangkan usia kami dan kekal hidup bersama hingga ke akhir hayat nanti. Inilah kek sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-20.
Posted by Khairiah at 9:31 PM 5 comments
A TRIP TO CAMERON HIGHLAND
LAWATAN AJK KOPERASI SEKOLAH KE CAMERON HIGHLAND
Lawatan ini diadakan pada 16 Oktober, hari Khamis yang lalu. Kami bertolak dengan bas sewa pukul 7.30 pagi. Malangnya bas kami rosak di Simpang Pulai. Dua jam kami tersadai di situ, sehingga bas lain datang untuk teruskan perjalanan. Sampai di MARDI(Agroteknologi) dah pukul 2.00ptg. Hujan lebat pulak tu. Tak dapatlah kami melawat semua taman dalam tu. Lepas tu pergi ke ladang strawberi, beli sayuran dan buah-buahan, lawat ladang teh dan balik. Tapi semuanya puas dapat berjalan dan meninkmati keindahan pemandangan dan kesegaran udara di C. Highland.
Ini pula gambar di Ladang teh. Tengoklah tu gelagat budak-budak yang nak lepaskan tension sebab SPM dah makin hampir.
Posted by Khairiah at 3:30 PM 0 comments