ADIK BERADIK SAYA
Pada 23 hb Ogos yang lalu saya dan keluarga pergi lagi ke Johor. Kali ini ke rumah kakak saya di Muar dan di Segamat. Di Segamat ada kenduri kahwin anak kakak saya Rozdiah. Seronok dapat berkumpul semua ahli keluarga saya, tambahan lagi mak saya dah mempunyai ramai cucu dan cicitnya. Yelah umur dia pun dah mencecah 87 tahun. Panjangkan. Syukurlah kerana dia masih ada lagi tidaklah saya kesunyian. Ayah pula telah 18 tahun meninggalkan kami.
Gambar di atas adalah kami sekeluarga. Berdiri dari kiri kakak no 9 namanya Jamilah, kakak no 3 namanya Rozdiah, pengantin, saya dan kakak no 8 namanya Norbadiah. Duduk dari kiri kakak ipar namanya Norsham, kakak sulung namanya Siti Hajar, Bonda kesayangan kami Mariam dan kakak no 2 namanya Fauziah. Semua hadir pada hari itu, tetapi tiada dalam gambar ialah abang Afif, abang Darbi, kakak Apipah dan kakak Salbiah. Semua sekali adik-beradik saya 10 orang.
Gambar di bawah ini pula ialah kakak saya no 3, Rozdiah. Anak dialah yang kahwin ni, anak dia yang bongsu sekali. Lepasni tak ada majlis kahwin dah. Seronok jugak dapat datang sini. Bila ada kenduri macam ni barulah kami adik beradik dapat berjumpa dan bertanya khabar.
Wednesday, September 17, 2008
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARAKU
Posted by Khairiah at 12:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment