PEPERIKSAAN SPM PUN TIBA
TARIKH KERAMAT 18 NOVEMBER 2009 TIBA. PADA JAM 8.00 PAGI SEMUA CALON AKAN MENDUDUKI KERTAS PERTAMA BAHASA MELAYU 1 DAN BAHASA MELAYU 2. SAAT YANG MENDEBARKAN TIBA..... LIHATLAH WAJAH MEREKA DI SAAT AKAN MENDUDUKI DEWAN PEPERIKSAAN. MEREKA MASUK DENGAN PERASAAN CEMAS DAN RISAU, NAMUN BEGITU RAMAI GURU TERMASUK SAYA MEMUJUK MEREKA DAN SENTIASA MENDOAKAN MEREKA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG. ANAK SAYA AZRI YANG TINGGAL DI ASRAMA JUGA KELIHATAN RISAU. NAMUN SAYA CUBA MEMBERI KEYAKINAN KEPADANYA......
AKHIRNYA SELESAI KERTAS BM PERTAMA, SAYA LEGA KERANA SOALAN KARANGAN TIDAKLAH BEGITU SUKAR, SAYA RASA MEREKA BOLEH MENJAWABNYA DENGAN BAIK. BEGITU JUGA DENGAN KERTAS BM 2 KEBANYAKAN SOALANNYA SUDAH DIBINCANGKAN DI DALAM KELAS. KINI SAYA BERSERAH KEPADA TUHAN AGAR KEPUTUSAN BAHASA MELAYU TAHUN INI DAPAT MENCAPAI HASRAT YANG KAMI SEMUA INGINI IAITU KECEMERLANGAN......SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA KAMI........AMIN
Monday, November 23, 2009
SPM YANG DITUNGGU BERMULA
Posted by Khairiah at 8:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment