CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 18, 2009

PENERBANGAN KE MEDAN

KENANGAN SEBELUM BERANGKAT KE MEDAN

INI ADALAH GAMBAR-GAMBAR KENANGAN BERSAMA AIN YANG DAPAT SAYA RAKAMKAN SEWAKTU DIA MASIH DI TANAH AIR. HANYALAH GAMBAR-GAMBAR YANG MENJADI TATAPAN SAYA DAN KELUARGA BUAT MASA INI. WALAUPUN BEGITU SUKAR UNTUK MENGHUBUNGINYA MELALUI TELEFON SEBAB SERING TERPUTUS DAN KAMI CUMA DAPAT BERHUBUNG DENGAN SMS, KEMUDAHAN INTERNET PULA AMAT SUKAR KERANA TIADA TALIAN TELEFON.








KE UNIVERSITI SUMATRA UTARA

Kini kami sekeluarga kesunyian setelah anak sulung saya menyambung pelajarannya ke Medan dalam jurusan perubatan yang memang dicita-citakannya. Setelah beberapa minggu sibuk menyediakan pelbagai dokumen dan pinjaman wang yuran pelajaran akhirnya tibalah masa untuk berangkat ke Medan. Saya,suami, Ina dan Ain dan sekumpulan pelajar berangkat ke sana dengan penerbangan MAS di KLIA. Kami bangun seawal 5 pagi dari rumah kakak saya di Frim Kepong pada hari Sabtu itu. Penerbangan kami rupanya pada jam 8.50 pagi dan bukan 7.30 pagi seperti yang kami diberitahu oleh agensi yang menguruskan perjalanan kami ke sana.

Penerbangan kami mengambil masa kira 1 jam sahaja. Sampai di sana kira-kira jam 10 pagi dan ada kenderaan sudah sedia menunggu kami. Kemudian kami di bawa ke hotel garuda citra di Medan. Selepas sarapan kami ke Universitas untuk mendaftar di sana. Jarak waktu mengambil masa sehingga jam 4.00 petang. Kami yang menunggu mereka untuk masuk mendaftar semakin keletihan. Kami menunggu mereka di rumah sewa sehingga jam 6.00 petang.
Pada malamnya pula kami terpaksa ke pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan ain dan kawan-kawannya sebab mereka berada dalam minggu orientasi. Segalanya selesai jam 10 malam dan kami pulang ke hotel manakala ain pula pulang ke rumah sewa mereka.

Pada hari Ahad kami sempat membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Ina dan saya begitu sedih kerana terpaksa berpisah dengan alongnya.Setelah sekian lama dia dirumah bercuti hal ini begitu meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga. Namun apakan daya kerana itu adalah pilihannya. Diharap diadapat kuatkan semangatnya untuk belajar sehingga tercapai cita-citanya nanti sehingga tamat. Agak lama juga Ina menangis sehingga di dalam kapal terbang dan sukar untuk ditenangkan oleh saya kerana saya juga tidak dapat menahan kesedihan. Tiba di Airport kakak saya dan azri sudah menunggu kami. Selepas itu tidak ada air mata Ina yang keluar lagi, cuma saya pulak yang sedih kerana merinduinya apabila bertemu mak saya di kampung dan mak di manjung.

Saya tak dapat masukkan gambar-gambar yang saya ambil kerana ada masalah sedikit dengan komputer ni. Namun saya akan cuba untuk memaparkan gambar kami di Medan nanti.

0 comments: