CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

PERCUTIAN KE PANTAI TIMUR SEMENANJUNG

BERCUTI KE PANTAI TIMUR

DARI KAMPUNG SAYA DI SLIM RIVER KAMI BERTOLAK PADA JAM 10.00 PAGI BERSAMA MAK SAYA KE KUANTAN. KAMI MELALUI JALAN ULU YAM, GENTING HIGHLANDS DAN LEBUH RAYA KUALA LUMPUR KARAK.

KAMI SAMPAI DI RUMAH KAKAK SAYA DI KUANTAN PADA PUKUL 5.00 PETANG.
PETANG TU KAMI KE TEPI LAUT UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN LAUT CINA SELATAN.

ESOKNYA KAMI BERSIAR-SIAR KE PEKAN UNTUK MELAWAT BANDAR DIRAJA PAHANG. KAMI PUN MELAWAT DI SEKITAR ISTANA DIRAJA PAHANG. DI PEKAN TIADA APA YANG ISTIMEWANYA KERANA BANDARNYA KECIL SAHAJA.
TENGAHARI TU KAMI MAKAN IKAN SEGAR YANG DITANGKAP DENGAN PUKAT OLEH ABANG IPAR SAYA, BESTNYA.

PADA PAGI KHAMIS KAMI BERTOLAK KE TERENGGANU. KAMI MELAUI JALAN TEPI LAUT CINA SELATAN DAN MELALUI PANTAI RANTAU ABANG, TEMPAT PENYU BERTELUR. NAMUN MENURUT PENDUDUK DI SITU PENYU SUDAH TIDAK BERKUNJUNG LAGI DI SITU SEJAK SEKIAN LAMA.

SELEPAS ITU KAMI MENUJU KE KUALA TERENGGANU, DAN MELAWAT TAMAN TAMADUN ISLAM. DI SITU TERDAPATNYA REPLIKA MASJID DI SELURUH DUNIA DAN YANG ISTIMEWANYA TERDAPAT MASJID YANG DIBINA KHAS DARI KRISTAL. CANTIK SUNGGUH MASJID TERSEBUT DAN RAMAI ORANG BERKUNJUNG DI SANA SAMBIL MENGERJAKAN SOLAT.

KEMUDIAN KAMI MENERUSKAN PERJALANAN PADA PUKUL 5.30 PETANG KE KOTA BAHRU KELANTAN KERANA KAMI HENDAK BERMALAM DI SANA. SAMPAI DI KOTA BAHRU KIRA-KIRA PUKUL 8.30 MALAM.NASIB BAIK KAMI DAH TEMPAH HOTEL DI ROYAL GUEST HOTEL. MALAM TU KAMI MEMBELI-BELAH DI WAKAF CHE YEH.

ESOKNYA KAMI MEMBELI KAIN BATIK MAK SAYA DAN BEBERAPA BARANG DAPUR DI PASAR BESAR KOTA BAHRU SEBELUM BERTOLAK BALIK. KAMI JUGA SINGGAH DI RANTAU PANJANG MEMBELI BARANG SIAM, BERAS, PULUT DAN SEBAGAINYA. DAN KAMI BALIK MELALUI LEBUH RAYA JELI KE GRIK. MALAM TU KAMI SAMPAI DI MANJUNG KIRA-KIRA PUKUL 1.00 PAGI.

JADI ITULAH SERBA RINGKAS PERJALANAN SAYA SEKELUARGA BERCUTI DI PANTAI TIMUR BUAT PERTAMA KALINYA SELAMA LIMA HARI.




BERMALAM DI KOTA BAHRU, DI ROYAL GUEST HOTEL. MALAM TU KAMI SHOPING SAKAN DI WAKAF CHE YEH..... WUF RAMAINYA ORANG...... SERONOK DAPAT TENGOK MACAM-MACAM BARANG YANG DIJUAL, TUDUNG, BAJU, GELANG TANGAN MANIK, KASUT DAN LAIN-LAIN.



BERGAMBAR DI PUNCAK TERTINGGI DI BANJARAN TITIWANGSA, APABILA KAMI MELALUI LEBUH RAYA RANTAU PANJANG, JELI DAN KE GRIK. SEJUK DAN NYAMAN UDARA DI SINI.





BERGAMBAR DI HADAPAN MASJID KRISTAL YANG INDAH DAN MENAKJUBKAN.




KAMI NAIK TREN DARI TEMPAT LETAK KERETA KE KMASJID KRISTAL, BAYARANNYA CUMA RM 2.OO SEORANG. TIDAKLAH PENAT EMAK SAYA BERJALAN.


DARI KUANTAN KAMI KE TERENGGANU, JAUH JUGAK TU. PENAT BETUL DUDUK DALAM KERETA.


SINGGAH DI RANTAU ABANG UNTUK MENGISI PERUT, MAKAN TENGAHARI. MAK SAYA YANG PALING KERAP LAPAR KERANA DIA MAKAN SIKIT SAHAJA.



INI GAMBAR DI RUMAH KAKAK SAYA. ABANG IPAR SAYA PERGI MEMUKAT DAN DAPAT BANYAK IKAN. PUAS SUNGGUH KAMI MAKAN IKAN, BAKAR IKAN, GORENG IKAN BERTEPUNG DAN MAKAN IKAN MASIN JERUK YANG DIBUAT OLEH KAKAK SAYA. SEMUA IKAN TU MASIH SEGAR LAGI, SEDAPNYA.......












KAMI BERGAMBAR DI KAMPUNG KAKAK SAYA DI KAMPUNG KEMPADANG, KUANTAN. lIHATLAH PANTAINYA YANG LUAS TERBENTANG, SAUJANA MATA MEMANDANG. LAUTNYA BELUM TERCEMAR. DAPATLAH KAMI MANDI DI SINI PADA PETANG ITU SEJURUS KAMI SAMPAI.

2 comments:

Mother of Two said...

uiii..jalan2 cari makan...banyak shopping ker kak:)

Khairiah said...

Hi sheila, saja jalan2 bawa anak2 bercuti. Ada la beli brg sikit2. Balik tu cuba masak nasi dagang, kukus. 2 jam baru boleh makan.