MEMASAK DI HUJUNG MINGGU
Minggu lepas selepas balik dari Kelantan saya mencuba memasak nasi dagang, dua jam baru siap. Sebab inilah pertama kali saya memasaknya. Beras nasi dagang tu saya masak dengan merendamnya semalaman, mengukusnya 2 jam tapi masih mentah. So mak saya kata, tanak aje dalam periuk masukkan air. Ye memang betul barulah dia tak mentah lagi. Dalam nasi tu saya masukkan sedikit santan, bawang merah dan bawang putih, halia dan halba. Lauknya ikan tongkol dan ayam masak rendang dah lama siap. Jadi pagi tu lambat sikit bersarapan sebab nasi lambat masak. Itulah pengalaman saya mencuba masakan orang Kelantan...... sedap juga tapi tak larat makan banyak sebab lemak sangat. Saya masak sampai waktu tengahari pun kami kena makan nasi ni sebab ada banyak lagi.
Minggu ni pula saya cuba masak karipap pulak. Saja nak cuba, mulanya buat inti senang jugak. Tapi bila nak buat kulitnya dah lupa caranya. Nasib baik la saya telefon kakak saya yang ada buka warung di Muar Johor. Dia pun ajar saya macam mana nak buat. Katanya lagi nak senang beli aje. Tapi saya kata tak sedap, buat sendiri lagi sedap. Memangpun malam tadi saya mengulinya dan pagi ni saya goreng. Memang sedap, habis anak saya makan. Mereka semua suka. Puas makan dan tak perlu beli.
Inilah karipap yang saya buat. Kelim di tepi tu taklah cantik sangat macam pakar yang buat. Bolehlah.......anak perempuan saya rajin menolong.
Ini nasi dagang tu...... susah nak buat tapi sedap.
Ini ikan tongkol masak rendang, masukkan sedikit rempah kari.
Ini pula ayam masak rendang.....cubala.