Thursday, December 3, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Posted by Khairiah at 3:23 PM 1 comments
Monday, November 23, 2009
SPM YANG DITUNGGU BERMULA
PEPERIKSAAN SPM PUN TIBA
TARIKH KERAMAT 18 NOVEMBER 2009 TIBA. PADA JAM 8.00 PAGI SEMUA CALON AKAN MENDUDUKI KERTAS PERTAMA BAHASA MELAYU 1 DAN BAHASA MELAYU 2. SAAT YANG MENDEBARKAN TIBA..... LIHATLAH WAJAH MEREKA DI SAAT AKAN MENDUDUKI DEWAN PEPERIKSAAN. MEREKA MASUK DENGAN PERASAAN CEMAS DAN RISAU, NAMUN BEGITU RAMAI GURU TERMASUK SAYA MEMUJUK MEREKA DAN SENTIASA MENDOAKAN MEREKA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG. ANAK SAYA AZRI YANG TINGGAL DI ASRAMA JUGA KELIHATAN RISAU. NAMUN SAYA CUBA MEMBERI KEYAKINAN KEPADANYA......
AKHIRNYA SELESAI KERTAS BM PERTAMA, SAYA LEGA KERANA SOALAN KARANGAN TIDAKLAH BEGITU SUKAR, SAYA RASA MEREKA BOLEH MENJAWABNYA DENGAN BAIK. BEGITU JUGA DENGAN KERTAS BM 2 KEBANYAKAN SOALANNYA SUDAH DIBINCANGKAN DI DALAM KELAS. KINI SAYA BERSERAH KEPADA TUHAN AGAR KEPUTUSAN BAHASA MELAYU TAHUN INI DAPAT MENCAPAI HASRAT YANG KAMI SEMUA INGINI IAITU KECEMERLANGAN......SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA KAMI........AMIN
Posted by Khairiah at 8:43 PM 0 comments
Sunday, November 15, 2009
HAPPY BIRTHDAY TO U
HARI INI HARI JADI SUAMIKU
TARIKH 15 NOVEMBER, ADALAH HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN SUAMIKU TERCINTA......INILAH KAD YANG KUBUAT SENDIRI SETELAH PUAS MENCARI DI KEDAI......SEMOGA PANJANG UMUR, SIHAT DAN SENTIASA BAHAGIA BERSAMA SEHINGGA KE ANAK CUCU.......HEM.....AKU DAN ANAK=ANAK SENTIASA MENDOAKAN ALLAH MEMBERI KEBAHAGIAN DALAM RUMAHTANGGA KITA.....
GAMBAR NI DIAMBIL DI CORAL BAY CHALET PAGI TADI, DI SINI BOLEH MEMANCING DAN BERMAIN GOLF. CHALET INI BERADA DI KAWASAN LAUT YANG DITAMBAK KEPUNYAAN DATUK DING KOK LING BERHADAPAN DENGAN HOTEL MARINA COVE. KEBANYAKAN PROJEK MASIH DALAM PEMBINAAN, HOTEL, KONDOMUNIUM, BANGLO DAN SEBAGAINYA.....LAUTNYA PULA SANGATLAH DALAM KIRA-KIRA 30 METER.....AWAS KALAU TERJATUH.......IKAN YANG BOLEH DIPANCING DI SINI MACAM-MACAM LE....SIAKAP, KERAPU DAN LAIN2 LAGI.
Posted by Khairiah at 4:57 PM 0 comments
JAMUAN AKHIR TAHUN 2009
LAGI GAMBAR JAMUAN AKHIR TAHUN
DI SINI SAYA MUATKAN LAGI GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA AMBIL PADA HARI TERSEBUT BUAT TATAPAN SEMUA......
JAMUAN KALI AMAT MERIAH RASANYA KERANA DI ADAKAN DI HOTEL 5 BINTANG, PADA HARI SABTU 14, NOV YANG LALU. IA TELAH DIADAKAN DI HOTEL ORIENT STAR, LUMUT. TAMBAH MERIAH LAGI APABILA SEMUA STAF MENDAPAT HADIAH TAK KIRA SAMA ADA HADIAH ITU BESAR ATAU KECIL. KESEMUANYA TERSENYUM LEBAR APABILA MENDAPAT PELBAGAI HADIAH. TERIMA KASIH, SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA TERUTAMANYA KEPADA PENGETUA, PUAN SITI ARFAH, UST LOTPI, AJK PERKEMBANGAN STAF DAN KGKT SEKOLAH YANG TELAH DAPAT MENGADAKAN MAJLIS INI DENGAN JAYANYA DALAM SUASANA YANG AMAT MERIAH. SEMOGA KEMERIAHAN BEGINI AKAN BERTERUSAN DAN DAPAT MEMUPUK SEMANGAT BERSATU SERTA KERJASAMA YANG ERAT ANTARA KITA SEMUA......TAHNIAH.......DAN.....SYABAS......
Posted by Khairiah at 4:17 PM 0 comments