CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 28, 2008

HARI RAYA AIDIL FITRI SEMAKIN HAMPIR





SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Inilah kad ucapan Selamat Hari Raya yang saya dan famili saya terima menjelang hari raya ini. Terima kasih kepada yang sudi menghantar kad ucapan ini. Ingatan anda terhadap kami sekeluarga amat kami hargai.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..................





Semalam saya dan famili shoping sakan kat Ipoh, pergi awal balik malam. Berbuka puasa kat restoran mamak Salim di Ipoh. Makan nasi beryani...okla sedap jugak. Dalam perjalanan selisih dengan cikgu normah. Agaknya nak balik kampung di Kelantan. Ha.... inilah tema warna baju raya kami pada hari raya nanti, sedondon....... Mulanya nak pilih warna biru ikut warna baju Ina. Lepas tu tak jadi warna ungu pulak.







Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA SAYA, SUAMI SAYA ZAMILI, ANAK-ANAK SAYA AZRIATUL FARAH AIN, AHMAD AZRI DAN AZRIATUL FAREENA...... UNTUK ANDA SEMUA.....


Ini gambar pagi tadi di sekolah, semua pelajar balik kampung berhari raya, ada majlis bermaaf-maafan dengan semua pelajar dan semua guru.






Thursday, September 25, 2008

HARI LEBARAN MENJELANG TIBA

AIDIL FITRI MENJELANG TIBA, SEBULAN BERPUASA, MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, BERMAAF-MAAFAN SESAMA KITA HAPUSLAH DOSA TAMBAHLAH PAHALA.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA BLOGGER,
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
MAAF ZAHIR BATIN.



TERIMALAH KAD SELAMAT HARI RAYA DARIPADA SAYA DAN KELUARGA UNTUK ANDA SEMUA...............RAYA NANTI JEMPUTLE DATANG KE RUMAH.......LIN,CTM,AZREN,NURUL,MAZZ,KAMA,LI NA DAN SEMUA SEKALI......

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuesday, September 23, 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA PPD MANJUNG










Wednesday, September 17, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARAKU

ADIK BERADIK SAYA

Pada 23 hb Ogos yang lalu saya dan keluarga pergi lagi ke Johor. Kali ini ke rumah kakak saya di Muar dan di Segamat. Di Segamat ada kenduri kahwin anak kakak saya Rozdiah. Seronok dapat berkumpul semua ahli keluarga saya, tambahan lagi mak saya dah mempunyai ramai cucu dan cicitnya. Yelah umur dia pun dah mencecah 87 tahun. Panjangkan. Syukurlah kerana dia masih ada lagi tidaklah saya kesunyian. Ayah pula telah 18 tahun meninggalkan kami.

Gambar di atas adalah kami sekeluarga. Berdiri dari kiri kakak no 9 namanya Jamilah, kakak no 3 namanya Rozdiah, pengantin, saya dan kakak no 8 namanya Norbadiah. Duduk dari kiri kakak ipar namanya Norsham, kakak sulung namanya Siti Hajar, Bonda kesayangan kami Mariam dan kakak no 2 namanya Fauziah. Semua hadir pada hari itu, tetapi tiada dalam gambar ialah abang Afif, abang Darbi, kakak Apipah dan kakak Salbiah. Semua sekali adik-beradik saya 10 orang.
Gambar di bawah ini pula ialah kakak saya no 3, Rozdiah. Anak dialah yang kahwin ni, anak dia yang bongsu sekali. Lepasni tak ada majlis kahwin dah. Seronok jugak dapat datang sini. Bila ada kenduri macam ni barulah kami adik beradik dapat berjumpa dan bertanya khabar.



Gambar di bawah ni adalah mak saya. Memang dia sudah uzur tapi masih boleh berjalan menggunakan tongkat. Hari ni dialah yang paling gembira kerana dapat berjumpa dengan semua anak cucu dan cicitnya.





Yang ini gambar Ina dan Intan di atas pelamin pada hari itu.




Selamat Pengantin Baru buat anaksaudaraku Nor dan Suaminya. Semoga di panjangkan jodoh dan cepat-cepat dapat cahaya mata. Bertambahlah ahli keluarga kita.

Wednesday, September 10, 2008

RAMADAN BAGI KANAK-KANAK

SELAMAT BERPUASA ANAKKU INA


Hari ni selepas ambil Ina di Sek Taalim kami singgah di Bilik Guru. Selepas itu kami pergi ke PSS bersama Aqilah. Ina dan Aqilah berpuasa hari ini. Ina sudah dapat berpuasa selama 5 hari. Hari yang selebihnya dia tak larat nak berpuasa. Tak apalah sebab baru nak belajar berpuasa. Semoga ramadan ini banyak memberikan keberkatan kepada kami sekeluarga.

Tuesday, September 9, 2008

ISTIMEWA RAMADAN

Pada bulan ramadan ini saya ada menjual beberapa jenis biskut raya dan kerepek untuk juadah pada hari raya nanti. Kalau anda berminat bolehlah hubungi saya.












Inilah biskut Almond London yang sedap tu. Kanak-kanak yang paling gemar memakannya. Rupanya amat cantik dan mencabar keimanan bagi yang sedang berpuasa.