Inilah piala yang menjadi rebutan. Iaitu Johan Keseluruhan PESKAT 2008 yang diadakan di SM Teknik Bt Pahat. Sekolah kita(Perak) menjadi juara setelah memenangi pertandingan badminton dan bowling. Pemain-pemain pada tahun 2010 di Terengganu nanti kenalah mempertahankannya.
Kami bergambar beramai-ramai setelah menerima pingat masing-masing. Semua kelihatan gembira dan ceria walaupun keletihan.
Anda lihatlah wajah jurulatih kami yang sangat gembira dengan kemenangan tersebut. Tidak sia-sialah penat lelahnya melatih kami selama ini yang telah membuahkan hasil yang begitu diimpi-impikan iaitu menjadi juara peringkat kebangsaan.
Ini pula penyokong kuat kami iaitu adik Rais dan adik Syafik.
Kami ssempat bergambar dengan pengurus dan ibu Ustazah Norhayati yang begitu banyak membantu dan memberikan sokongan kepada kami. Tambahan lagi kami telah tinggal di rumah beliau sewaktu kami bermain di sana. Jasa baik beliau yang begitu banyak amat sukar bagi kami untuk membalasnya.
Inilah perlawanan yang menjadi kemenangan pertama setelah regu pertama tewas. Kemenangan inilah yang telah membakar semangat kami semua, dan amat tidak disangka-sangka kerana kami pernah tewas di tangan pasukan Kelantan/Terengganu 4-1 sebelum ini.
Kami sempat bergambar di sebuah restoran mee bandung yang amat terkenal kerana meenya yang sedap. Gambar ini kami ambil setelah kami menang di peringkat suku akhir. Di situ juga ada sebuah gambar lukisan lama SITC, MPSI, IPSI dan kini UPSI.
2 comments:
salam ramadhan..
Salam ramadan juga buat sheila sekeluarga. Semoga bertambah iman dan taqwa pada ramadan kali ini.
Post a Comment