CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 30, 2010

PROGRAM MENTOR-MENTOREE

PROGRAM NI DAH MULA PADA TAHUN LEPAS LAGI, JADI MENTE SAYA ADALAH PELAJAR YANG SAMA DARI TAHUN LEPAS. HARI INI KAMI BUAT AKTIVITI YANG RINGKAS IAITU NAMA PANGGILAN DAN SIMBOL YANG DILUKIS PADA SEHELAI KERTAS......OK JUGAK....NAMPAK MEREKA SERONOK.





Monday, April 26, 2010

KURSUS PERKEMBANGAN STAF

PADA HARI SABTU 24/4/2010 KAMI TELAH MENGIKUTI KURSUS LADAP BER
MULA JAM 8.30 PAGI. KURSUS PAGI ITU DIMULAKAN DENGAN CERAMAH DARIPADA KETUA PEMBANTU TADBIR IAITU PN ALISA BT KARIM TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH. SELEPAS ITU KAMI DAPAT PULA MENGIKUTI CERAMAH DARIPADA KOPERASI KGMMB BERHAD TENTANG PELAN PERLINDUNGAN KESIHATAN. RAMAI JUGA YANG BERMINAT UNTUK MENCARUM. MANAKALA CERAMAH YANG PALING MENARIK SEKALI IALAH TENTANG KESAN KEBAKARAN IAITU "FIRE PREVENTION AWARENESS". SYARIKAT NI MENJUAL BARANGAN PENCEGAHAN KEBAKARAN SEPERTI ALAT PEMADAM API, TOPENG MUKA DAN PENGGERA KEBAKARAN............SEMUA TU UNTUK FAEDAH DAN KESELAMATAN RUMAH DAN KELUARGA KITA.
NI PUAN ALISA BT KARIM

NI ENCIK ALI, PEGAWAI KGMMB BERHAD


NI PELAN INSURAN KESIHATAN

ENCIK KENT HO YANG BERSEMANGAT BERCERAMAH TENTANG ALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN...
PARA PESERTA KURSUS YANG BEGITU RIANG MENDENGAR CERAMAH


NI WAJAH SAYA DAN ADIK SITI NOOR AZALILLAH..........................................

Tuesday, April 20, 2010

LAWATAN KE HATYAI


INILAH PEGAWAI PPD MANJUNG YANG TURUT SERTA DALAM LAWATAN TERSEBUT.



PEMANDANGAN DI PANTAI SIMLA, SONGKLA. PANTAINYA BERSIH, CANTIK DAN PANJANG......



INILAH PASAR TERAPUNG ALA BANGKOK DI SONGLA.........WUH RAMAI BETUL ORANG YANG BERKENJUNG DI SINI.....MACAM-MACAM ADA DIJUAL.......


AIR KELAPA DALAM PASU TANAH, HARGANYA 20 BATH (RM 2.00)


AIR KELAPA DALAM BULUH, NAMPAK TRADISI.....



MAKAN MALAM DI RESTORAN SALMA, MAKANAN HALAL TAK SUSAH CARI. SINGGAHLAH DI WARUNG YANG PENJUALNYA WANITA BERTUDUNG, ISLAM DAN HALAL.

NI KERABU UDANG, SEDAP.....




RUMAH URUT AMAT BANYAK DI SINI, DI KIRI KANAN JALAN, 300 BATH SAHAJA ............KALAU MAHU PILIHLA,NAK URUT SELURUH BADAN.....URUT KAKI SAHAJA DSBG TERPULANG TAPI AWAS YE JGN SILAP...........PILIH....HEHEHE


NI DALAM HOTEL MAYFLOWER GRANDE, TARAF 5 BINTANG................




BALIK KE MALAYSIA IKUT SEMPADAN PADANG BESAR, PERLIS......ADA DUIT SIKIT SHOOPING LAGI KAT SINI.....




INILAH MATA WANG BATH, 100 BATH BERNILAI RM 10.00 SAHAJA.......................

Wednesday, April 14, 2010

PROGRAM MEMBACA

MENERUSI ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN, SEMUA GURU DIGALAKKAN MEMBACA SEBUAH BUKU DALAM SEBULAN. OLEH ITU PANITIA BAHASA MELAYU TELAH MERANCANG PERTANDINGAN MEMBACA SEHINGGA 31 MEI 2010. HADIAH LUMAYAN MENANTI PEMENANG, ANTARANYA:

HADIAH PERTAMA, BARANGAN ELEKTRIK BERNILAI RM 200.00
HADIAH KEDUA, BARANGAN ELEKTRIK BERNILAI RM 100.00
HADIAH KETIGA, BARANGAN ELEKTRIK BERNILAI RM 50.00
LIMA HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM 30.00

JUSTERU SEMUA GURU SMVSM DAPAT MEREBUT PELUANG INI DENGAN MEMBACA SEBERAPA BANYAK BUKU SEHINGGA TARIKH TUTUP PERTANDINGAN INI....JANGAN KETINGGALAN........








AKTIVITI HUJUNG MINGGU

HUJUNG MINGGU BARU NI KAMI ADA AKTIVITI BERSIAR-SIAR DI PANTAI, ANAK SAYA INA YANG PALING SERONOK KERANA DAPAT MANDI LAUT............SEBABNYA KAMI NAK MERANCANG MENGADAKAN HARI KELUARGA PADA BULAN JULAI NANTI...




YANG NI DI PANTAI KEM TUK SAKAH...............PANTAINYA CANTIK SUNGGUH DAN UDARANYA SUNGGUH NYAMAN, DITIUP PULA BAYU LAUT YANG SEGAR.......KITA BOLEH SEWA CHALET DI SINI DAN MANDI DI PANTAINYA YANG INDAH.....................



NI DI PANTAI TELUK RUBIAH GOLF RESORT................BULAN JULAI RESORT NI DITUTUP SEBAB SUDAH DIJUAL KEPADA SEBUAH SYT KILANG BESI..............NANTI TAK DAPATLA NAK MANDI DI PANTAI NI LAGI..............





BERGAMBAR DI JETI KE P PANGKOR, CORAL FISHING RESORT.....TAPI BELUM SIAP LAGI....................

Friday, April 2, 2010

SAJAK BUAT GURU

HARI INI TIBALAH GILIRAN SAYA BERUCAP DI PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH,LALU SAYA SEPERTI TERPANGGIL UNTUK MEMBACAKAN SEBUAH SAJAK YANG BEGITU INDAH CIPTAAN USMAN AWANG YANG JUGA PENYAJAK IDOLA SAYA. HAL INI DITAMBAH PULA MENGENANGKAN BEGITU BESARNYA JASA GURU-GURU TERUTAMANYA DI SMVSM YANG BARU-BARU INI TELAH MENCIPTA KECEMERLANGAN DENGAN KEPUTUSAN SPM 2009 YANG AMAT MEMBANGGAKAN SEMUA WARGA SEKOLAH........NAMUN BEGITU DALAM 'CONTACT TIME' KAMI TELAH DIKEJUTKAN DENGAN BERITA PENGETUA YANG KAMI SANJUNG SELAMA INI AKAN BERSARA JUGA AKHIRNYA WALAUPUN KAMI RASA TIDAK MAHU MELEPASKANNYA PERGI KERANA BANYAK LAGI CABARAN YANG BAKAL KAMI SEMUA AKAN HADAPI.......OLEH ITU SECARA TIDAK LANGSUNG SAYA INGIN MENGHADIAHKAN SAJAK INI BUAT GURU YANG PALING SAYA SAYANGI IAITU PENGETUA SAYA........


PENGETUA DI PEJABATNYA.......CERIA NAMPAKNYA.....


GAMBAR SAYA SEDANG MEMBACAKAN SAJAK GURU....

GURU

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan ilmu segalanya
untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara

Jalan apa pun pada akhir kehidupanmu
Guruku
budi yang di apungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

Thursday, April 1, 2010

SENAMROBIK

MINGGU NI ADALAH MINGGU KEDUA KAMI BERSENAMROBIK DI DEWAN SEKOLAH. TIAP-TIAP HARI RABU KAMI GURU-GURU PEREMPUAN AKAN BERSAMA MENGELUARKAN PELUH.....BOLEHLAH MENJAMIN KESIHATAN DAN KECERGASAN KAMI. DI SAMPING ITU DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN EMOSI DAN BEBANAN KERJA.....BAGUSLA......SERONOK DAPAT BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI SAMBIL BERSENAM DENGAN IRINGAN MUZIK, GURU TARINYA PULAK BAIK-BAIK BELAKA.....HEHEHE. GAMBAR NI SAYA AMBIL PADA HARI RABU MINGGU YANG LEPAS.....





NI INA, DIA PUN IKUT SAMA.....

YANG IZAH, ANAK UST NURUL......CERIA SELALU....



CAHAYA MATA KETIGA CIKGU NODIANA

COMELKAN BABY NI? INILAH BABY GIRL CIKGU DIANA YANG BERUMUR LIMA BELAS HARI....TAPI RUPA DAH CERDIKKAN....
GAMBAR NI SAYA AMBIL SEWAKTU KAMI PERGI MELAWATNYA PADA HARI JUMAAT YANG LALU.....


NI NORDANIA DAN ADIKNYA NORDANISHA YANG COMEL TU.....