KENANGAN DI AIDILFITRI
AIDILFITRI TELAH MENYATUKAN KAMI SEKELUARGA, DI SEBELAH SUAMI SAYA DAN DI KAMPUNG SAYA DI SLIM RIVER...CUMA KEKURANGANNYA KETIADAAN ANAKANDA AIN, YANG BERADA JAUH DI MEDAN....HARI RAYA KETIGA KAMI BERAYA SAKAN SAMPAI TAK LALU NAK MAKAN DI RUMAH ABANG SAYA YANG MENGADAKAN OPEN HOUSE. BANYAK BETUL MINUM AIR DAN MAKAN JAMUAN RAYA DI RUMAH SAUDARA MARA. DARI SUNGKAI SAMPAI KE TROLAK HINGGA KE SLIM RIVER......
Thursday, September 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by Khairiah at 7:51 PM 2 comments
Sunday, September 20, 2009
AIDILFITRI YANG SEDERHANA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA INI DITUJUKAN KHAS BUAT ANAK SAYA AIN YANG BERADA JAUH DI MEDAN, SAUDARA MARA DAN RAKAN BLOGERS YANG MELAWAT KE BLOG INI. SEMPENA HARI RAYA INI KAMI SEKELUARGA MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA ANDA SEMUA YANG TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA JAUH DAN DEKAT. KEPADA ANAKANDA AIN TABAHLAH KETIKA DI RANTAU ORANG, PANDAI-PANDAI MENJAGA DIRI, BELAJARLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI CITA-CITA YANG MURNI ITU. MAMA DI SINI SENTIASA MENDOAKAN KEAYAANMU........BYE...
TERIMALAH KAD UCAPAN HARI RAYA INI DARI KAMI SEKELUARGA
Posted by Khairiah at 9:53 PM 0 comments
Saturday, September 19, 2009
AIDILFITRI MENJELMA KINI
RAMADAN MERANGKAK PERGI
KINI BULAN RAMADAN SEMAKIN INGIN MENINGGALKAN UMAT ISLAM. BULAN SYAWAL MENJELMAKAN HARI KEMENANGAN IAITU AIDILFITRI. PADA HARI KHAMIS SEMUA WARGA STESMA SALING BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA GURU DAN PELAJAR SERTA SEBALIKNYA. HARI JUMAAT ADALAH CUTI KHAS UNTUK SEMUA SEKOLAH DI SELURUH NEGARA BAGI MEMBOLEHKAN SEMUA WARGA PENDIDIK PULANG AWAL KE KAMPUNG MASING-MASING.
Posted by Khairiah at 11:27 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
FAMILI KAMI BERTAMBAH SEORANG
FAMILI BARU LAHIR
ADIK IPAR SAYA BARU SAHAJA MELAHIRKAN SEORANG BAYI LELAKI COMEL YANG SEKIAN LAMA KAMI TUNGGU. DIA TELAH DILAHIRKAN DI HOSPITAL IPOH PADA 15 OGOS YANG LALU. CUMA SAYA YANG TAK SEMPAT UNTUK MEMUATKANNYA DI SINI.KEMERIAHAN KELUARGA MERTUA SAYA MAKIN TERASA KERANA BILANGAN CUCUNYA BERTAMBAH SEORANG LAGI CUCU LELAKI. KALAU TIDAK AZRI ANAK SAYA SEORANG SAHAJA CUCU LELAKI. WALAUPUN MAK MERTUA SAYA TAK BEGITU KUAT LAGI MENJAGA CUCU TAPI KEGEMBIRAAN TERBAYANG DIWAJAHNYA APABILA ANAK PEREMPUANNYA SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG ANAK LELAKI......SYUKURLAH SEMUANYA SELAMAT DAN BAYI TU PUN SIHAT....
INILAH BAYI COMEL YANG BARU LAHIR ZAFRI AIMAN
Posted by Khairiah at 9:27 PM 2 comments
BISKUT RAYA UNTUK DIJUAL
TUAH RAMADAN AL MUBARAK
SEPERTI BIASA PADA BULAN PUASA SAYA AKAN MENJUAL BISKUT RAYA KEPADA RAKAN-RAKAN DAN JIRAN. HARGANYA PUN BERPATUTAN...TAKLA MAHAL SANGAT CUMA RM 18 SAJA 50 BIJI. BOLEH TAHAN JUGA SAMBUTANNYA. SAJA NAK SERONOK ISI MASA LAPANG BUKAN NAK UNTUNG SANGAT.... ADA BISKUT ALMOND LONDON, SHORTBREAD, ROSE DELIGHT, GAJUS, TAT NENAS DAN LAIN-LAIN KEREPEK SEPERTI BATANG BURUK, KEREPEK BAWANG DAN KEREPEK PISANG......
Posted by Khairiah at 7:30 AM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
MASAKAN DI BULAN RAMADAN
RAMADAN AL MUBAQRAK
APABILA CUTI SEKOLAH, BULAN RAMADAN PUN BERMULA. ADA LA MASA UNTUK MEMASAK APABILA CUTI. PAGI-PAGI PERGI KE PASAR BELI BARANG DAN PETANG BOLEHLAH MEMASAK. SO INILAH JUADAH YANG SAYA DAN SUAMI DAPAT SEDIAKAN UNTUK KAMI BERBUKA PUASA BERSAMA. RINGKAS DAN MUDAH SAHAJA UNTUK DISEDIAKAN. TAPI BERBALAOI SEBAB TAK PERLU PERGI KE BAZAR RAMADAN BEBERAPA HARI DALAM CUTI.
INI IKAN KELI GORENG BERCILI
Posted by Khairiah at 8:26 AM 2 comments