CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

ALANGKAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Begitu damai dan tenang rasanya jiwa ini dapat menikmati pemandangan dan suasana yang indah ini. Saya membayangkan alangkah indahnya jika cuti sekolah kali ini dapat menikmati pemandangan yang begitu mengujakan ini..... dapat berehat bersama keluarga, bersantai-santai tanpa memikirkan tugas yang bertimbun-timbun. Tugas sebagai guru nampak senang, banyak cuti tapi ramai yang tidak tahu masa cuti guru tetap bekerja demi tugas untuk memajukan negara agar modal insan yang dilahirkan bertaraf dunia.


Taklimat oleh Pengetua diadakan sebelum semua guru pulang bercuti di penggal ini.


ALL THE BEST, BE THE BEST....... Slogan ini sering di laungkan oleh Pengetua setiap kali ada taklimat atau mesyuarat guru. SM Teknik Seri Manjung tinggal selangkah lagi menuju ke arah sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan....Pengetua berharap agar kami dapat bertahan dan semakin matang untuk menuju ke landasan kecemerlangan... Pagi tadi Pusat Sumber Sekolah telah diumumkan akan bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan...Berkat doa kita semua semoga tuhan akan menganugerahkannya kepada kita.... amin...

3 comments:

Mother of Two said...

nak pegi bercuti kemana kak? happy holiday yer..

Khairiah said...

Oh terima kasih. Cuti ni minggu 1 kena kerja, so minggu 2 je kalau nak jalan.

ummi afifah said...

selamat kembali bertugas..