CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

ALANGKAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Begitu damai dan tenang rasanya jiwa ini dapat menikmati pemandangan dan suasana yang indah ini. Saya membayangkan alangkah indahnya jika cuti sekolah kali ini dapat menikmati pemandangan yang begitu mengujakan ini..... dapat berehat bersama keluarga, bersantai-santai tanpa memikirkan tugas yang bertimbun-timbun. Tugas sebagai guru nampak senang, banyak cuti tapi ramai yang tidak tahu masa cuti guru tetap bekerja demi tugas untuk memajukan negara agar modal insan yang dilahirkan bertaraf dunia.


Taklimat oleh Pengetua diadakan sebelum semua guru pulang bercuti di penggal ini.


ALL THE BEST, BE THE BEST....... Slogan ini sering di laungkan oleh Pengetua setiap kali ada taklimat atau mesyuarat guru. SM Teknik Seri Manjung tinggal selangkah lagi menuju ke arah sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan....Pengetua berharap agar kami dapat bertahan dan semakin matang untuk menuju ke landasan kecemerlangan... Pagi tadi Pusat Sumber Sekolah telah diumumkan akan bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan...Berkat doa kita semua semoga tuhan akan menganugerahkannya kepada kita.... amin...

Monday, May 25, 2009

KURSUS KOPERASI DI TELUK BATIK RESORT

HUJUNG MINGGU PERGI BERKURSUS

Orang lain seronok duduk rumah hujung minggu, 23 dan 24 Mei tapi saya dan Cikgu Marini ditugaskan berkursus bersama AJK Koperasi di Teluk Batik Resort iaitu Kursus Pengurusan Kedai Koperasi. Namun tak mengapalah ok jugak dapat bersantai bawa dua orang anak gadis saya ikut sama di pantai Teluk batik dan merekapun dapat mandi manda di sana. Pengisian kursus tu bagus untuk semua AJK, sebagai panduan menguruskan kedai koperasi sekolah. Sebanyak 5 buah sekolah di daerah Manjung terlibat.













Sunday, May 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU

MAJLIS HARI GURU SEDERHANA TAPI MERIAH

PADA HARI JUMAAT, 22 MEI 2009 SAMBUTAN HARI GURU DIADAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH. WALAUPUN SEDERHANA TAPI KEMERIAHANNYA AMAT DIRASAKAN. TAMBAHAN LAGI PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN DAN DISERTAI OLEH RAMAI GURU DAN PARA PELAJAR. SAYA PULAK TELAH MEMENANGI HADIAH NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN BADMINTON. OKEYLA TU TAPI SAKIT KAKI KERANA TERJATUH MASIH LAGI TERASA. DAH MINAT NAK MAIN NAK BUAT MACAM MANA. MAIN, KAROM DAN MAIN DAM HAJI KALAH PULAK.


SEMUA GURU BERSEDIA BERARAK DIIRINGI PALUAN KOMPANG.

PENGETUA MENANG GURU PALING CANTIK DI SM TEKNIK MANJUNG.


PANITIA BAHASA MELAYU HADIAHKAN KALUNGAN BUNGA KEPADANYA

GURU KANAN BAHASA GEMBIRA MENERIMA BUNGA DARIPADA PANITIA BM

GURU LAIN SEDONDON BAJU OREN, TAPI SAYA BAJU LAMA KERANA BAJU TU TAK SIAP LAGI.



BERGAMBAR SAMBIL MENONTON PELBAGAI PERSEMBAHAN NYANYIAN, NASYID, TARIAN DSB.

Thursday, May 21, 2009

JAMUAN KESYUKURAN BILIK GURU

ISTIMEWA HARI GURU

GURU AKADEMIK DI BILIK GURU TELAH MENGADAKAN JAMUAN KESYUKURAN, HARI GURU, ASC DAN LULUS PTK PADA HARI INI, KHAMIS. KAMI BUAT POTLUCK JE. MASING-MASING BAWA MAKANAN DARI RUMAH DAN MAKAN BERSAMA-SAMA. MERIAH JUGAK.












Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

16 MEI 2009 HARI GURU, SEKUNTUM BUNGA MAWAR MERAH UNTUK SEMUA KAUM
PENDIDIK........


SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA PARA PENDIDIK YANG BERTUGAS TANPA RASA JEMU..........


LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Wednesday, May 13, 2009

KURSUS DI ROSA PASADENA, C.HIGHLANDS

KURSUS DI CAMERON HIGHLANDS

PADA 5,6,7 MEI YANG LALU PPD MANJUNG TELAH MENGADAKAN KURSUS UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU YANG TURUT DISERTAI OLEH SAYA DAN SUAMI SEBAGAI PENGANJUR. MEMANGLAH SERONOK SEBAB DAPAT MENIKMATI UDARA YANG SEGAR DAN NYAMAN SERTA PEMANDANGAN YANG SUNGGUH INDAH DENGAN BUNGA-BUNGAAN YANG CANTIK, TAK JEMU MATA MEMANDANG. LAGIPUN DAH LAMA KAMI TAK KE SANA. BALIK DARI SANA BELILAH SIKIT BUAH TANGAN UNTUK RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA, SEPERTI BUAH STRAWBERI, JAGUNG, BUNGA DAN SAYUR-SAYURAN.


BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA SEMUA PESERTA KURSUS



BERGAMBAR DI KEDAI BUNGA.... CANTIKNYA.. PEMANDANGAN


MAKAN STEAMBOAT PADA MALAM JUMAAT

INA PUN IKUT SAMA BERKURSUS DENGAN SAYA DAN SUAMI