CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 10, 2009

PERCUTIAN KE MEDAN INDONESIA

PERCUTIAN KE MEDAN

Inilah percutian yang paling unik dan menarik dalam hidup saya kerana sebelum ini saya tak pernah menaiki kapal terbang. Ini adalah pertama kali saya dalam hidup saya selama lebih empat puluh tahun menaiki kapal. Perasaan saya amat takut dan gayat semasa menaikinya, anak saya ini tersenyum melihat saya. Dia seronok menaiki kapal terbang. Suami saya pula dah biasa naik kerana dia pernah belajar di Australia selama lima tahun.

Catatan Perjalanan ke Medan

Jumaat- 6 Feb 2009
10.00 pagi bertolak dari rumah ke Pulau Pinang, kerana kami akan menaiki Air Asia dari Bayan Lepas Airport.
12.00 tgh tunggu rakan suami di Hentian Juru.
2.00 ptg sampai di Bayan Lepas Airport. Urus pastport dan bagasi yang dibawa.
4.00ptg, penerbangan ditunda pada pukul 6.00 ptg kerana cuaca kurang baik.
6.00 ptg, naik kapal terbang Air Asia. Anak kapal semua dari Indonesia dan guna bahasa Indonesia. Panduan Keselamatan dititik beratkan. Perasaan bimbang dan gayat ketika kapal terbaik naik ke ruang udara dan ketika turun di Medan Airport.
7.00 mlm sampai di Medan. Kami disambut oleh dua orang travel agen. Suasana sesak dengan orang ramai dan orang yang ingin memberi pelbagai perkhidmatan. Dua orang agen, iaitu Anton dan Adrial membawa kami yang seramai 10 orang menaiki 2 buah kereta kijang(unser). Malang sekali kasut Ina terputus, lalu dia terpaksa di dukung oleh ayahnya.
8.30 mlm makan malam di sebuah restoran minang. Selepas tu cari kasut Ina di sebuah Toko kasut, nasih baik jumpa kasutnya.
9.30 mlm sampai di sebuah hotel, tidur di situ. Hotelnya boleh tahanla tp tak ada bintang. Suamiku merayau dengan kawan2nya lihat Kota Medan malam tu, saya dan Ina tidur keletihan.
Sabtu-7 Feb 2009
8.00 pg sarapan di hotel dan akan bertolak ke Danau Toba, perjalanan selama 4 jam. Tak sabar nak tengok keindahan Danau Toba.
11.00 pg singgah di Toko Paten, rehat ke tandas. Beli makanan ringan, tingtong, pangping dsb. perjalanan ke tanah tinggi ini melalui kawan berbukit dan kampung rumah orang Batak karo. Mereka hidup sebagai petani menanam padi huma, kopi, jagung rempah ratus dsb. Jalanrya buruk, berlubang dan bengkang bengkok, tiada lebuh raya. Kubur pula dibina di tepi rumah masing-masing.
1.00 Sampai di Danau Tuba di pekan Permatang Siantar. Makan di restoran minang lauk ayam penyet(ayam kampung digoreng). Susah cari makanan halal di sini kerana ini kampung orang Batak yang beragama kristian, babi panggang dan anjing panggang (B1,B2)banyakle. Ada jual buah durian dan buah markisa, sedap jugak rasanya.
2.00 ptg sampai di hotel Siantar. Rehat dan rawat.
3.00 ptg bertolak ke Pulau Samuasir di Danau Toba itu menaiki bot. Nak melawat ke kampung Batak. Bahasa Batak sukar difahami, "Horas" bermaksud helo atau selamat siang. Pak Adrial memberi sedikit taklimat kepada kami dan menerangkan asal usul nama Toba dan Pulau Samuasir.
4.00 Melawat ke kompleks Kuburan 'Marga' di kampong Tomok kaum Batak Toba. Kain tenun 'Olos' kain selempang tiga warna yang disanjung tinggi, tetamu disambut dan diberi pakai kain ini.
5.00ptg naik bot balik ke hotel Siantar, angin begitu sejuk atas bot, dan pemandangan sungguh cantik.
8.00mlm pergi ke restoran minang di pekan Parapat tak jauh dari hotel.
10.00mlm balik hotel, rehat dan tidur.
Ahad-8 Feb 2009
7.00 pg, sarapan pagi di hotel, makan nasi goreng. Nak berangkat ke tanah tinggi di Bras Tagi tempat yang paling dingin di sini. Selepas itu bertolak dan perjalanan kali ini mendaki bukit, bengkang bengkok dan sangat sempit. Kaum Batak menanam kopi, padi huma dan rempah ratus.
9.00pg, singgah di pekan Simarjarunjung, berbukit dan sejuk. Minum Teh halia berempah ratus.
12.45 tgh sampai di Bras Tagi, perjalanan 4 jam dari Pekan Parapat. Makan tengahari di restoran minang lauk ayam penyet. Beli baju panas untuntuk saya dan jeket untuk suami kerana cuaca yang sejuk.
3.00ptg pergi ke kolam air panas gunung berapi, mandi air panas dengan Ina. Ramai juga pengunjung di sini.
5.00ptg balik ke hotel.
7.00mlm makan malam di hotel 'Dinner'.
10.00 mlm masuk tidur. Suamiku lepak dengan kawan dia di bilik kareoke.
Isnin-9 Feb 2009
5.00 pg bangun dan mandi, air panas pulak tak ada. Wuh sejuk betul. Pukul 6.00 baru ada air panas untuk Ina mandi.
6.30 pg sarapan di hotel.
7.00 pg.Bertolak dari Bras Tagi turun ke Medan. Jalan bengkang bengkok dan sempit. Lalu di kampung orang Batak. Banyak gereja dalam setiap kampung, beli buah limau di tepi jalan.
9.00pg sampai di Medan. Inilah masanya untuk membeli belah, begitu suntuk. namun dapat juga membeli telekung, kain batik, baju, tudung dll. Kami diserbu oleh penjual kaki lima dan peminta sedekah, lalu kami segera beredar dari situ.
12.00tgh, makan tengahari di restoran ikan bakar, makan ayam bakar dan ikan kaloi bakar. Sedap jugak.
2.00 Bertolak ke Medan Airport, urus bagasi dan pasport. Selamat tinggal buat Pak Anton dan Adrial yang begitu baik dan mesra, mereka melayan kerenah kami sepuluh orang ni dengan sabar.
4.05 Kapal terbang akan berangkat ke Penang.
6.00 Barulah kapal terbang dapat berangkat. Suasana bisu dan sayu masing-masing terdiam mengenangkan tanah Medan yang baru ditinggalkan.
7.00 mlm sampai di Bayan Lepas Airport. Beg rasa lebih berat dengan barang dan berjalan jauh untuk ke tempat parking. Lega rasanya kerana telah selamat sampai ke tanah air tercinta.





Peta Pulau Samosir di dalam Tasik Toba itu, tasik gunung berapi.

Ini ukiran kepala patung pahlawan Batak Toba yang bersambung-sambung.



Pergi ke Pulau Simosir menaiki bot, untuk melawat kubur Batak Toba yang besejarah, ada tempat shoping kat sini.

Waris Batak Karo yang meninggal ditulis dipapan dengan hiasan bunga-bungaan sebagai tanda peringatan dan penghormatan.


Inilah anak-anak Batak Karo, di Air Terjun Sipiso-piso.


Singgah di Simarjanrunjung, menikmati keenakkan teh halia dan pelbagai rempah ratus, baik untuk kesihatan.


Mandi di kolam air panas gunung berapi di Beras Tagi, pada hujung minggu ramai pengunjung yang datang ke sini.



Bergambar di Hotel Mikey, milik seorang peniaga bangsa Cina, hotel 4 bintang dan ada kolam renang. Makan pun baik di sini dan halal.


Sebelum balik makan tengahari di Restoran Ikan bakar dan ayam bakar orang minang.


Inilan bagasi kami, banyak yang dibeli untuk buah tangan
keluarga dan rakan-rakan seperti kain telekung, kain batik, baju anak-anak cenderamata kek ambon dan kek lapis, buah salak dsb.
Pulang ke Manjung dan melalui jambatan Pulau Pinang yang begitu indah dan menarik.

Kini, kami selamat pulang ke tanah air tercinta, ketika azan maghrib berkumandang dicorong radio di dalam kereta. Bersyukur kami telah selamat, benarlah pepatah Melayu yang menyebut, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Walau indah sekali suasana di Danau Toba namun tidak terbanding negeriku Malaysia yang amatku cintai......

4 comments:

siti_m said...

bestnya jalan2 tengok negara orang

Khairiah said...

Ya inilah pertama kali ke Indonesia.Kosnya tak mahal, sebab ikut pakej dengan kawan2.

Tukang cerita said...

Bestnya mummyyyyyy.....

Mother of Two said...

wow... bestnyer jalan2... sy mmg suka tak kira jalan dimana.. bila akak nak ker sini plak:)